Jurutera ponteng kerja enam tahun tidak disedari majikan

Jurutera ponteng kerja enam tahun tidak disedari majikan

Ia hanya disedari selepas Garcia dicalonkan anugerah kesetiaan dan khidmat cemerlang kerana berkhidmat selama 20 tahun

absence

PETALING JAYA:
Seorang jurutera berusia 69 tahun didenda sebanyak 27 ribu euro (RM126,000) oleh Mahkamah Sepanyol kerana kesalahan ponteng kerja selama enam tahun.

Perkara itu hanya disedari oleh majikan Joaquin Garcia selepas Garcia dicalonkan anugerah kesetiaan dan khidmat cemerlang kerana berkhidmat selama 20 tahun.

Laman portal The Guardian melaporkan, majikan tersebut Jorge Blas Fernandez yang juga Timbalan Datuk Bandar Cadiz, tertanya-tanya apabila nama Garcia dicalonkan.

“Ketika itu dia masih bekerja di sini. Saya tertanya-tanya di manakah dia? Adakah dia masih ada di pejabat? Adakah dia sudah bersara? Adakah dia telah meninggal dunia?” katanya.

Selepas siasatan mengesahkan Garcia tidak kelihatan di pejabat bertahun-tahun lamanya hingga membuat Fernandez menghubungi García.

“Saya tanya dia: Apa yang kamu buat? Apa yang kamu buat semalam? Apa yang kamu buat bulan lepas? Dia tidak dapat jawab.” ujarnya.

Garcia mula berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan Cadiz pada tahun 1990 sebelum dipindahkan ke lembaga air perbandaran pada tahun 1996 untuk memantau loji rawatan air.

Dia bagaimanapun tidak dipecat kerana kesalahannya itu ekoran hanya dikesan selepas ia bersara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.