Pasukan khas PDRM temui barang doktor yang dilapor hilang

Pasukan khas PDRM temui barang doktor yang dilapor hilang

Doktor berkenaan menginap di hotel bajet di Batu Caves bersendirian dan kenderaannya tidak ditemui dihotel di kawasan hotel itu.

Datuk-Tajuddin-Md-Isa
KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan Dr B. Sugumaran, pegawai perubatan kanan yang bertugas di klinik di bangunan Parlimen di sini, yang dilapor hilang sejak awal bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, semalam polis menemukan beberapa barang peribadi doktor itu seperti beg pakaian dan telefon bimbit dalam bilik hotel yang diinapinya sejak bulan lepas.

“Polis percaya doktor itu menginap di hotel bajet di Batu Caves bersendirian. Kenderaannya tidak ditemui di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. Ini kerana tiada petunjuk membabitkan unsur jenayah dalam kes ini,” katanya yang dipetik dari Bernama.

Tajuddin berkata, polis dalam proses merakam percakapan anggota keluarga dan kenalan doktor itu bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya.

“Kami telah menjalankan pemeriksaan di rumahnya (Dr Sugumaran) di Sri Rampai, di sini dan tiada perkara mencurigakan setakat ini. Bagaimanapun, kami akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.