Bank dijangka kekal berdaya tahan walaupun persekitaran sukar

Bank dijangka kekal berdaya tahan walaupun persekitaran sukar

Pertumbuhan ekonomi yang perlahan telah mempengaruhi sentimen perniagaan dan pengguna

perbankan

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA:
Bank-bank Malaysia dijangka masih berada dalam keadaan operasi yang sukar pada tahun ini, menurut Standard & Poor’s Ratings Services (S&P’s) hari ini.

Pertumbuhan ekonomi yang perlahan, diburukkan lagi dengan permintaan lemah di China dan penurunan harga komoditi telah mempengaruhi sentimen perniagaan dan pengguna, kata syarikat penarafan itu.

Bagaimanapun, S&P’s percaya sektor perbankan di Malaysia akan kekal berdaya tahan.

“Penarafan bank akan terus disokong oleh paras modal yang kukuh, serta pembiayaan dan profil mudah tunai yang mantap.

“Langkah pengawalseliaan yang mengandungi hutang isi rumah dan harga hartanah juga terbukti berkesan dalam menguruskan ketidakseimbangan ekonomi dan gelembung harga,” kata Penganalisis Kreditnya Ivan Tan.

– BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.