
Katanya, satu pertemuan dengan penduduk kawasan berkenaan dan pihak Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) akan diadakan selewat-lewatnya minggu hadapan.
“Sebentar tadi ada penduduk yang memberitahu saya bahawa mungkin mereka tidak ada harapan untuk mendapat pampasan. Ekoran itu saya telah meminta untuk kumpulkan semua penduduk yang terlibat dengan pampasan agar ia juga dapat diselesaikan sekali gus.
“Saya akan semak tuntutan mereka dan InsyaAllah, saya akan jadi orang tengah untuk berunding dengan Prolintas,” katanya kepada FMT.
Zuraida berkata demikian selepas dihubungi penduduk kawasan perumahan itu untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Terdahulu, Projek Lintasan Kota Holdings (Prolintas) menganjurkan sesi dialog dan pertemuan dengan penduduk Kampung Dato Mufti Shuib bagi menyelesaikan isu pembinaan SUKE.
Menambah tentang isu pampasan, Zuraida berkata sekiranya pampasan yang diminta itu wajar, dia akan membantu penduduk di kawasan perumahan bekenaan untuk mendapatkan nilai tersebut.
SUKE dirancang sejauh 32 kilometer untuk menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Jaringan Tengah 11 (MRR2) daripada Sri Petaling Ke Ulu Klang, melalui Sungai Besi, Cheras, Kajang dan Taman Putra Ampang.
Pembinaan lebuh raya itu sekaligus menjadi laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan di MRR2 khususnya di kawasan Ulu Klang, Ampang dan Pandan Indah.