
Katanya, tindakan Muhyiddin sekali lagi membuat kritikan terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion jelas menunjukkan contoh yang tidak baik kepada ahli parti.
“Saya amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekali lagi secara terbuka mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tindakan beliau itu juga memberi contoh tidak baik kepada kepimpinan di peringkat akar umbi.
“Sekiranya beliau benar-benar sudah tidak sehaluan dengan apa yang diamalkan UMNO selama ini beliau boleh berundur diri atau mungkin juga boleh menawar diri untuk jawatan Presiden dalam pemilihan parti akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azalina yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut mengingatkan Muhyiddin supaya tidak lupa jasa parti yang mengangkat beliau menjadi individu nombor dalam parti.
“Tan Sri Muhyiddin perlu ingat yang beliau masih lagi menjadi Ahli Parlimen Pagoh atas tiket BN dan jentera BN yang banyak membantu beliau selama hari ini. Ingatlah jasa parti terhadap beliau sebarang tindakan yang dilakukan mestilah tidak melemahkan parti dan membawa kepada perpecahan,” katanya.
Sebelum ini, Nazri mengingatkan Muhyiddin supaya tutup mulut daripada mengkritik Perdana Menteri atau berdepan digantung jawatan dalam parti, malah beliau sedia untuk mencadangkan perkara itu pada mesyuarat MT akan datang.