Nadira berkata, itu merupakan salah satu sebab mengapa kerjaya nyanyiannya bermula di Indonesia supaya peminatnya tidak dibayangi bapanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Agung UMNO.
“Terus-terang saya memang tidak mahu mencipta nama sebagai penyanyi dengan menggunakan kelebihan bapa saya.
“Tak dinafikan perjalanan saya sebagai penyanyi mungkin lebih senang jika saya menggunakan bapa saya tapi saya sebolah-boleh mahu minimakannya dan cuba bergerak serta berusaha sendiri.
“Sebab itu, saya memulakan kerjaya saya di Indonesia kerana saya tak mahu orang nampak bakat saya selepas tahu siapa bapa saya.
“Kebetulan pula saya memang sedang menyambung penyajian dalam bidang perubatan di sana,” kata Nadira yang dipetik daripada blog hiburan, murai.com.my.
Nadira mula popular di Indonesia menerusi lagu duetnya bersama anak penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali berjudul Cinta & Pergi.
