Kedai mamak borong tepung satu kg?

Kedai mamak borong tepung satu kg?

Kilang roti yang besar tidak menerima kesan dengan pemansuhan subsidi itu kerana mereka selama ini dilarang menggunakan tepung bersubsidi.

t

PETALING JAYA:
Langkah kerajaan memansuhkan subsidi tepung 25 kilogram (Kg) dibimbangi akan mendorong pengusaha restoran mamak serta kedai menjual kuih memborong tepung satu kg yang masih menerima subsidi.

Perkara itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Eksport dan Import Makanan Kering Malaysia, Datuk Chuah Poh Khiang yang memberitahu, tepung dengan kuantiti 25 kg digunakan oleh pengusaha kedai kek serta restoran mamak yang menjual roti canai.

“Kilang roti yang besar tidak menerima kesan dengan pemansuhan subsidi itu kerana mereka selama ini dilarang menggunakan tepung bersubsidi,” katanya yang dipetik dari akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Mengulas lanjut, Poh Kiang berkata, disebabkan tepung 25 kg tidak lagi menjadi baeang kawalan, maka harganya akan turun naik mengikut permintaan.

“Harganya akan stabil jika bekalan mencukupi, tetapi jika permintaan meningkat terutamanya pada musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali, maka harganya mungkin lebih mahal,” ujarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.