
Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, jurucakapnya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik melalui pilihan raya – satu-satunya mekanisma peralihan kuasa yang sah, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat.
“Hari ini, Tun Mahathir dan bekas seteru beliau telah menunjukkan sejauh mana opporunisme dan terdesaknya mereka.
“Sekiranya tun Mahathir mahu menukar kerajaan, beliau perlulah mengikut proses demokrasi dan menunggu pilihan raya akan datang, selaras dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.”
Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan itu menyusuli pengisytiharaan Deklarasi Rakyat yang menyaksikan Tun Mahathir, pemberontak UMNO dan pimpinan pembangkang, dan wakil-wakil persatuan mencatu tenaga mendesak Najib meletak jawatan.