Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata tindakan Ahmad itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi negara ini, kerana tidak memberi notis kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) terlebih dahulu, seperti yang ditetapkan peraturan.
“Beliau (Ahmad Said) cuma berdiri lepas itu bawa usul undi tidak percaya seolah-oleh itu perang hendap beliau (terhadap MB). Dalam demokrasi tidak ada tipu menipu ini semua mesti secara telus dan perlu notis,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Menara SPR di sini hari ini.
DUN Terengganu semalam dikejutkan dengan cadangan usul tidak percaya Ahmad terhadap Ahmad Razif, namun speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong menolak cadangan usul itu.
ADUN Kijal itu mengemukakan alasan terdapat konspirasi untuk memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.
