
Kecaman terhadap Annuar itu susulan pendedahan beliau mengenai rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk mempergunakan orang lain demi mencapai agenda politik peribadinya semasa menjadi Perdana Menteri.
Khairuddin berkata, Annuar sepatutnya bercakap soal isu terkini yang berlaku berhubung kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah negara sehingga memberi kesan kepada UMNO, bukannya mengungkit cerita silam yang tidak benar.
“Annuar Musa bankrap idea, reka cerita dan hanya mampu buat andaian mengenai kisah silam puluhan tahun lamanya (merujuk kepaada plot Mahathir capai agenda), andaian peribadi Anuar Musa pun tak tepat.
“Lagi banyak Annuar Musa bercakap, lagi parahkah imej UMNO, jadi Annuar Musa jadi Ketua Penerangan bisu lagi bagus untuk selamatkan parti UMNO dari terus ditolak rakyat.
“Kita harus fokus kepada isu kemelut masa kini yang menjadi polemik serta meruncing sehingga rakyat jelata telah hilang keyakinan pada Najib Razak dan kerajaannya,” katanya menerusi kenyataan.
Khairuddin mendakwa kebanyakkan pemimpin UMNO termasuklah Annuar sanggup berbohong untuk mempetahankan pemimpin yang dipalit dengan pelbagai isu.
“Kalangan kaki bodek minda lemah otak udang macam Annuar Musa ini semua harus disepak keluar dari UMNO untuk membersihkan imej parti keramat Melayu ini. Imej peribadi mereka pun tak nampak bersih jadi macam mana nak lonjakkan imej baik pada parti.
“Mereka hanyalah kaki bodek minda lemah otak udang yang dikitar semula semata-mata untuk digunakan sebagai ayam sabungan Presiden parti yang bacul itu,” tambah Khairuddin.