Banglo dijual murah atas dasar persahabatan – Teresa

Banglo dijual murah atas dasar persahabatan – Teresa

"Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” kata Teresa.

teresa-kok

PETALING JAYA:
Dasar persahabatan dikatakan antara sebab hartanah di Jalan Pinhorn pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.

Hartanah yang dimaksudkan ialah banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dijual pada harga RM2.8 juta oleh ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon berbanding harga pasaran semasa yang dikatakan mencecah RM6.5 juta.

Dakwaan itu dilemparkan oleh Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok yang turut menyifatkan dalam urusan jual beli antara dua rakan, untung bukan isu utama.

“Jika saya ada sebuah rumah dan saya menjualnya kepada Zaid Ibrahim atau Mohamad Sabu, saya tidak akan mendapatkan keuntungan daripadanya, yang mana ia perkara sama dilakukan Phang dan ia sengaja diperbesarkan,” katanya, lapor The Star.

“Phang berasa bangga kerana menjual rumah itu kepada ketua menteri di negeri itu dan merasakan perbezaan sebanyak beberapa juta tidak menjadi satu masalah,” tambah Ahli Parlimen Seputeh itu lagi.

Dalam pada itu, Teresa yang juga menafikan Guan Eng melakukan salah laku dalam urusan jual beli hartanah selain menyifatkan isu itu sengaja diperbesarkan untuk menenggelamkan Kongres “Selamatkan Malaysia”.

“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.