
Mahdzir berkata, beliau telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan anak sulung, Mohd Pirdaus Azizan, 31, yang belum bersekolah dan menyediakan bantuan lain yang sewajarnya.
“Dan dimaklumkan bahawa JPN dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) mengesan keluarga ini untuk susulan. Kita tidak mahu ada kanak-kanak yang tercicir dalam pendidikan negara,” katanya menerusi statusnya di Facebook.
FMT hari ini yang memetik laporan mStar Online melaporkan, anak sulung Pirdaus yang berumur tujuh tahun masih belum bersekolah kerana masalah kewangan.
Sehubungan itu, Pirdaus yang mengaku mencuri kerana tidak sanggup melihat anaknya berumur empat tahun menangis kelaparan, meletakkan keutamaan untuk memastikan anak sulungnya memasuki alam persekolah.
Pirdaus mempunyai tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan.