Ridhuan Tee rayu Sultan Kedah ambil Pulau Pinang

Ridhuan Tee rayu Sultan Kedah ambil Pulau Pinang

Pulau Pinang wajar kembali semula kepada Kedah dengan mendakwa umat Islam di negeri itu ditindas oleh golongan 'ultra kiasu'.

Ridhuan-Tee
PETALING JAYA: Penceramah kontroversi, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah merayu kepada Sultan Kedah untuk mengambil semula Pulau Pinang.

Mohd Ridhuan mendakwa, Pulau Pinang wajar kembali semula kepada Kedah dengan mendakwa umat Islam di negeri itu ditindas oleh golongan ‘ultra kiasu’.

Katanya, Sultan Kedah ketika ini, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong berupaya untuk mengambil semula Pulau Pinang.

“Hamba merafak sembah, memohon dan merayu kepada Duli Tuanku Sultan Kedah, ambillah kembali pulau bertuah ini (Pulau Pinang) ke pangkuan Tuanku.

“Benar, sejarah telah menjadi sejarah. Tetapi Duli Tuanku mampu melakukannya,” katanya menerusi kolum dalam Sinar Harian, hari ini.

Mengikut sejarah, Pulau Pinang asalnya adalah sebahagian daripada Kedah sebelum dipajak kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1786, bagi mendapatkan perlindungan daripada serangan Kerajaan Siam ketika itu.

Mengulas lanjut, Mohd Ridhuan tanpa menjelaskan pihak yang dimaksudkan sebagai ‘ultra kiasu’ itu berkata, kebobrokan golongan terbabit perlu dihentikan sebelum terlambat.

Katanya, golongan berkenaan sudah semakin menghimpit orang Melayu dan mendesak kerajaan membuka segala ruang dan peluang untuk mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.