Tidak perlu jelajah bersama Mahathir, kata Wan Azizah

Tidak perlu jelajah bersama Mahathir, kata Wan Azizah

Beliau melihat tiada keperluan untuk jelajah bersama orang yang bertanggungjawab keatas sejarah hitam keatas keluarganya.

wan-azizah-mahathir
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan menjelajah Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Buat masa sekarang tidak perlu,” katanya kepada pemberita ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk bersama Dr Mahathir dalam siri jelajah Selamatkan Malaysia.

Beberapa pemimpin tertinggi pembangkang termasuk dari PKR telah menyatakan kesediaan untuk bersama bekas Perdana Menteri itu mengadakan jelajah anti-Najib ke seluruh negara.

Dr Mahathir pada 29 Mac telah menyertai jelajah pertama Himpunan Muafakat Selamatkan Malaysia yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah yang turut disertai pemimpin PKR, AMANAH, DAP dan kumpulan penentang dalam UMNO.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan secara terbuka sedia bertemu dengan Wan Azizah bagi membincangkan cara menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun, Wan Azizah dikatakan enggan berjumpa dengan Dr Mahathir, dipercayai kerana sejarah hitam yang berlaku kepada keluarganya pada 1998.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.