Aerotrain kembali beroperasi – MAHB

Aerotrain kembali beroperasi – MAHB

Berita baik! Kami ingin berkongsi maklumat bahawa kedua-dua Aerotrains di KLIA sudah beroperasi secara normal. Hanya sebuah tren yang kini sedang menjalani pemeriksaan penyelenggaraan seperti yang dijadualkan.

mahb_klia_600

PETALING JAYA:
Selepas perkhidmatan Aerotrain di antara terminal utama dan bangunan satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditunda pada pukul 10.27 malam semalam, ia kembali pulih beroperasi seperti biasa.

Pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu muat naik di di Facebook miliknya mengesahkan perkara itu.

“Berita baik! Kami ingin berkongsi maklumat bahawa kedua-dua Aerotrains di KLIA sudah beroperasi secara normal. Hanya sebuah tren yang kini sedang menjalani pemeriksaan penyelenggaraan seperti yang dijadualkan.

“Jangan keberatan untuk ke kaunter informasi kami jika anda memerlukan sebarang maklumat. Semoga perjalanan anda selesa,” tulisnya.

Status itu dimuat naik pada pukul 11.04 pagi hari ini.

Semalam dalam akaun Twitter rasminya, Malaysia Airports mengumumkan perkhidmatan tersebut tertunda untuk mendapatkan penyelenggaraan segera dan sistem bas digunakan untuk membawa penumpang.

Ratusan penumpang terkandas semalam termasuk ratusan yang menunggu tren lebih daripada sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.