Setiausaha Kempen Selamatkan Malaysia, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, setakat ini, kira-kira 250,000 tandatangan berjaya diperolehi dan sasaran mereka ialah 1 juta tandatangan sebelum mesyuarat Majlis Raja-raja ke-241 diadakan pada 11 Mei ini.
“Kami yakin Majlis Raja-raja akan mendengar keluhan rakyat yang mahu Perdana Menteri berundur serta membuang mereka yang bersangkut paut dengannya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Kamaruddin yang juga wakil rakyat PKR berkata, Kempen Selamatkan Malaysia tiada batas waktu.
“Kami hanya akan berhenti apabila mencapai sasaran kami,” katanya sambil menambah, satu siri jelajah Selamatkan Malaysia akan diadakan di sembilan negeri di seluruh negara yang turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ditanya cara mereka akan menyerahkan tandatangan itu kepada Majlis Raja-raja, Kamarudin berkata, cara penyerahan belum ditentukan.
