Sebaliknya, peneroka itu, Ibrahim Basir, 63, membuat keputusan mahu menyerahkan bangkai tersebut kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menjalankan siasatan mengenai penemuan ganjil itu.
Mstar Online melaporkan, dia yang menetap di Felda Sungai Mas dekat Kota Tinggi amat terkejut apabila menemui salah seekor kambing betina peliharaannya melahirkan anak berwajah pelik.
“Saya pergi untuk memeriksa dan terkejut pada masa sama teruja kerana keadaan fizikalnya agak berbeza dengan anak kambing lain termasuk berhidung pesek, bermulut lintang dan berkaki pendek,” katanya.
Jelasnya, anak kambing itu berbeza kerana tidak mempunyai tali pusat seperti kambing lain yang baru dilahirkan.
Ibrahim berkata, anak kambing itu sudah mati ketika ditemui dan dipercayai dipijak oleh ibunya atau akibat komplikasi lain.
