Kekal MB atau pergi, Ahmad Razif redha

Kekal MB atau pergi, Ahmad Razif redha

Perdana Menteri, dikatakan bakal menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Ahmad-Razif_terengganu_600

KUALA TERENGGANU:
Ahmad Razif Abdul Rahman enggan memberi sebarang komen berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu, sebaliknya hanya akan memberi kenyataan seusai Perdana Menteri mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad Razif juga berkata akan menerima sebarang keputusan yang diputuskan Datuk Seri Najib Razak, samada mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar atau melantik calon baharu.

“Saya enggan mengulas lanjut, sebaliknya menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan,” katanya kepada pemberita seusai mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Perdana Menteri, dikatakan bakal menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima pihak media, Najib dijangka tiba di Istana Terengganu kira-kira jam 2.45 petang ini, sebelum berangkat ke Sarawak.

Sementara itu, dua EXCO yang ditemui pemberita memaklumkan bahawa Ahmad Razif dalam MMKN tadi meminta para EXCO supaya menjalankan tugas masing-masing seperti sediakala.

EXCO Kesihatan, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata Kerajaan Negeri akan beroperasi seperti biasa supaya isu ini tidak menjejaskan rakyat, manakala EXCO Pelancongan, Datuk Mohd Jidin Shafee menambah Ahmad Razif akan memikul tanggungjawab penuh bersabit apa yang berlaku antara dirinya dan Istana.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.