Ketua Balai Bomba Kota Raja, Omar Mohammad berkata, wanita tersebut dipercayai tertekan akibat masalah keluarga lalu bertindak nekad dengan menoreh pergelangan tangan kiri serta mengunci dirinya di dalam bilik.
Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.34 pagi dan menggerakkan pasukan jentera bomba dan penyelamat bersama tujuh pegawai pelbagai pangkat ke lokasi.
“Wanita tersebut bertindak agresif apabila seorang lelaki yang merupakan tunang beliau sampai ke lokasi. Pelbagai kaedah digunakan termasuk pujukan dari ahli keluarga.
“Tetapi ‘ayat power’ (pujukan) yang digunakan oleh anggota bertugas berjaya menenangkan mangsa seterusnya menyerah diri,” katanya menerusi kenyataan.
Omar memaklumkan, mangsa mengalami pendarahan dan luka di tangan kiri serta diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk tindakan lanjut.
