Kakitangan awam rehat 30 minit pada bulan puasa

Kakitangan awam rehat 30 minit pada bulan puasa

Kabinet akan membincangkan cadangan waktu rehat makan tengah hari di jabatan kerajaan dikurangkan kepada 30 minit pada bulan Ramadan.

Ali-Hamsa_puasa_600_1

BATU PAHAT:
Putrajaya akan mempertimbangkan cadangan mengurangkan waktu rehat makan tengah hari kepada 30 minit sepanjang Ramadan bagi membolehkan kakitangannya yang beragama Islam pulang ke rumah lebih awal untuk menyediakan persiapan berbuka puasa.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata beliau akan membawa cadangan itu kepada Kabinet untuk dipertimbangkan dan ia hanya dikuatkuasakan pada bulan puasa.

“Jika cadangan itu diterima, waktu rehat makan tengah hari di jabatan kerajaan persekutuan, agensi dan jabatan kerajaan ialah 30 minitpada bulan puasa, bukan sejam,” katanya.

The Star Online melaporkan Ali yang juga pro canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berkata operasi di semua pejabat kerajaan tidak akan terjejas susulan langkah yang diambil itu.

Katanya, Putrajaya selama ini mengamalkan tiga waktu bekerja yang fleksibel di mana kakitangannya boleh memilih waktu kerja masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.