Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman berkata, Qu Puteh Whitening Pro dan Qu Puteh Whitening UV dipasarkan bagi menggantikan dua produk yang berkenaan yang ditarik balik penjualannya Januari lalu.
“Ini formulasi baru, bukan yang dulu,” katanya kepada FMT.
Hasmiza yang lebih mesra dipanggil Dr Vida berkata, Qu Puteh Whitening Pro dijual pada harga RM28, manakala Qu Puteh Whitening UV berharga RM38.
Katanya, daripada segi pasaran, pihaknya akan menumpukan pemasaran kedua-dua produk itu di Malaysia terlebih dahulu.
Sebelum ini, Dr Vida mengumumkan penarikan balik dua produk kosmetiknya itu dari pasaran, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia dan Brunei mendapati ia mengandungi merkuri.
Malaysia mengharamkan penjualan Qu Puteh Whitening Pro 9 selepas ujian mendapati krim pemutih itu mengandungi paras merkuri atau raksa yang tinggi.
Brunei turut melarang pengimportan dan penjualan dua produk syarikat itu selepas ujian mendapati ia mengandungi bahan berbahaya yang sama.
