Ketua Penerangan PERKASA Pusat, Hassan Basri Muhammad berkata apa yang dilakukan Fakhrul itu tidak mewakili NGO itu sebaliknya bercakap sebagai wakil Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Terengganu.
“Sebenarnya media tersalah petik kenyataan Fakhrul, yang sebenarnya mewakili PESAKA bukan PERKASA walaupun dia telah dilantik sebagai Ketua Penerangan PERKASA negeri,” katanya kepada FMT.
Awal pagi tadi media melaporkan Fakhrul pada awalnya membuat kenyataan mewakili PERKASA Terengganu membidas Dr Mahathir kerana berdolak dalih apabila mengaku anti Najib tetapi tidak menentang UMNO.
Katanya, Dr Mahathir sepatutnya menentang parti Melayu itu kerana Najib merupakan Presiden UMNO yang dipilih perwakilan.
Susulan kenyataan itu, ada dalam kalangan pimpinan PERKASA Pusat menyifatkan Fakhrul sebagai kurang ajar dan biadap kerana menggunakan nama pertubuhan untuk menyerang Dr Mahathir.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris mengingatkan Fakhrul supaya memberi fokus kepada isu politik Terengganu dan membela nasib rakyat negeri Penyu, bukannya menyerang bekas Perdana Mentei itu.
“Lebih baik dia (Fakhrul) tumpu kepada permasalahan di Negeri Terengganu di mana Menteri Besar dia nyaris kena tukar,” katanya.
FMT difahamkan bahawa PERKASA mengambil sikap berkecuali dalam pertembungan antara kumpulan pro-Najib dan anti-Najib
