Hargai, hormati ibu dengan baik -Sultan Johor

Hargai, hormati ibu dengan baik -Sultan Johor

Baginda turut menzahirkan rasa syukurnya kerana telah dianugerahi dua insan istimewa yang berani dan mengagumkan iaitu ibu dan isterinya.

ibu

PETALING JAYA:
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor bertitah agar semua pihak tanpa mengira agama dan bangsa menghargai ibu masing-masing.

Menulis di status Facebook, baginda juga berharap agar insan yang bergelar ibu sentiasa dihormati dan dijaga dengan baik.

“Saya berharap anda semua akan menghargai ibu anda. Hormatilah dan jagalah mereka dengan baik. Saya mengucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada semua yang bergelar Ibu,” katanya lagi.

Baginda turut menzahirkan rasa syukurnya kerana telah dianugerahi dua insan istimewa yang berani dan mengagumkan iaitu ibu dan isterinya.

“Mereka sentiasa bersama disisi keenam-enam anak saya dan saya sendiri, dikala susah mahupun senang. Mereka berdua adalah insan cemerlang dan yang amat saya kasihi.

“Saya bersyukur di atas kasih sayang tanpa sempadan dan yang tidak berbelah bagi yang mereka berdua berikan kepada keluarga kami,” jelas baginda lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.