Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata dalam kejadian pada kira-kira 9.50 malam itu, Teh, 51, sedang menunggang basikal secara berkumpulan bersama empat lagi rakan dari arah Tronoh Mines menghala ke Kampar.
“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke tengah jalan. Bagaimanapun basikal mangsa tidak mengalami sebarang kerosakan,” katanya.
Beliau berkata Teh yang beralamat dari Ampang, Selangor itu menunggang basikal jenis Exitway meninggal dunia di tempat kejadian.
Ng berkata siasatan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan lurus dan mempunyai dua lorong serta cuaca baik kecuali persekitaran gelap kerana tiada lampu jalan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, katanya.
— BERNAMA
