Dihentam netizen, ‘Abang terlajak laris’ mohon maaf

aliff-syukri

PETALING JAYA: Gara-gara gambar makan durian sambil bersila di lantai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikecam netizen di laman sosial, usahawan selebriti tempatan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman tampil memohon maaf di atas tindakannya itu.

Aliff atau mesra dengan panggilan ‘Abang terlajak laris’ memuat naik permohonan maaf itu di laman Facebooknya.

“Saya mohon maaf kalau salah saya,” katanya sambil memuat naik berita yang ditulis oleh Rotikaya yang bertajuk Aliff Syukri dikritik kerana makan durian di KLIA.

Sebelum itu, Aliff memuat naik gambarnya itu dengan kapsyen: “Sebelum terbang di Auckland swezeland..kami sekluarga lepaskan gian makan durian musang king dulu di KLIA….maklumlah kami orang kampung mmg stail begini.. Nasib baik x kena tegur dengan pengawai klia…Korang pernah mcm ni jugak ke??”

Namun, gambarnya itu dikritik hebat netizen yang mengecam Aliff kerana dianggap tidak beradab dan tidak bertimbang rasa kerana makan durian di lantai lapangan terbang yang berhawa dingin.

Mereka juga mempersendakan Aliff menggunakan “Auckland, Swezeland” bukan New Zealand.

Seorang netizen Suria Lekatkekit menulis;”Nasib baik jutawan yang makan durian.

BACA JUGA: ‘Abang terlajak laris’ dikecam makan durian dalam KLIA