
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik China Press sebagai berkata, parti itu menyeru rakyat, ahli Parlimen, persatuan Cina dan dewan perniagaan supaya menyertai kempen itu bagi menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat.
Jelasnya, MCA telah berhubung dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia dan Persekutuan Persatuan-persatuan 7 Klan.
“Kami telah mencapai persetujuan untuk menentang PAS dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara ini,” katanya pada taklimat pembentangan RUU PAS itu semalam.
Pada masa sama, beliau turut menyeru parti pembangkang bersama mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Tegasnya, seramai 137 ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat perlu menyokong pembentangan RUU itu kerana mereka tidak boleh membelakangkan hukum syariah.