MB Kedah masuk hospital

MB Kedah masuk hospital

Ahmad Bashah kini dirawat di ICU selepas pengsan ketika menghadiri mesyuarat.

Bashah-KMC

PETALING JAYA:
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dikejarkan ke Kedah Medical Centre (KMC) selepas pengsan ketika menghadiri satu mesyuarat malam ini, lapor The Star Online.

Memetik sumber, laporan itu berkata Bashah tiba di KMC pada 7.30 malam dan pada masa ini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat di Hotel Grand Alora kira-kira jam 7 malam.

Bashah, 65, baru dilantik sebagai menteri besar pada Februari selepas krisis kepimpinan di negeri jelapang padi itu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.