Makmal dadah bongkar, 4 sekeluarga dan amah ditahan

Makmal dadah bongkar, 4 sekeluarga dan amah ditahan

Pasangan suami isteri bersama dua anak mereka, termasuk seorang bayi dan pembantu rumah ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Sungai Ara, pada jam 8 pagi tadi.

ketamine-arrest
GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah makmal dadah dan menahan empat sekeluarga dan seorang pembantu rumah dalam serbuan di Sungai Ara, Bayan Lepas hari ini.

Bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menahan pasangan suami isteri bersama dua anak mereka, termasuk seorang bayi dan pembantu rumah itu dalam serbuan di kondominium mewah di Sungai Ara, pada jam 8 pagi tadi.

Sumber berkata, polis turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin dan beberapa peralatan memproses dadah.

“Polis masih menyiasat tempoh aktif makmal dadah tersebut dan juga pasarannya sama ada untuk pasaran dalaman ataupun pasaran luar,” menurut sumber itu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– BERNAMA

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.