Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Ahmad Bashah menjalani pembedahan itu kira-kira jam 10 malam tadi dan selesai jam 3 pagi ini.
“Pada masa ini Menteri Besar berada dalam keadaan stabil dan beliau sedang berehat atas nasihat doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Ahmad Bashah dipindahkan daripada Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar ke Hospital Besar Pulau Pinang memandangkan hospital itu mempunyai kelengkapan lebih canggih dan lengkap.
Sebelum ini Ahmad Bashah dirawat di KMC, selepas beliau pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan ADUN BN Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar kira-kira jam 7 malam Sabtu lepas.
– BERNAMA
