
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa memberitahu harian bisnes itu, hartanah milik Mara sudah pun diiklankan untuk dijual.
“Penilai hartanah antarabangsa yang dilantik sudah menyiapkan laporan penilaian mereka. Kami akan membuat keputusan pada mesyuarat lembaga selepas Hari Raya,” katanya.
Annuar bagaimanapun tidak menamakan aset yang akan dijual dan hasil jualan yang bakal diperolehi.
Menurut The Malaysian Reserve, hartanah yang akan dijual termasuk dua pembelian kontroversi Mara, Ashley House di UK dan Dudley House di Australia yang dikatakan dibeli dengan harga tinggi.
Annuar berkata Mara dijangka menerima keuntungan daripada nilai pertukaran asing hasil jualan aset itu.
Beliau turut berkata penstrukturan semula Mara sedang berjalan lancar.