Video berdurasi satu setengah minit itu menunjukkan presiden itu mencabar anaknya untuk beradu gusti lengan meskipun anaknya yang berusia 22 tahun itu kelihatan lebih kuat dengan tubuh lebih besar dan sasa.
“Lihat bapak, badan lebih kecil daripada kamu, tapi berani cabar kamu,” kata Jokowi dipetik daripada Jakarta Post.
Dalam video itu menunjukkan Jokowi beria-ia berusaha untuk menewaskan anaknya tetapi Kaesang mengakhiri pertandingan itu dengan mengusik bapanya supaya menyerah kalah kecuali jika mahu cedera.
Jokowi enggan menghentikan cabaran itu kerana katanya lebih besar tidak bermakna lebih kuat.
“Lebih besar tidak bermakna lebih kuat. Yang lebih kuat itu ialah mereka yang lebih besar sabarnya, lebih besar ibadahnya,” katanya.
