
Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu berkata belia tidak mempunyai cita-cita politik tetapi akan meneruskan perjuangan melawan amalan rasuah secara habis-habisan di negara ini.
“Saya tidak perlu berada dalam parti politik baru untuk mencapai matlamat melawan penyelewengan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) khususnya.
“Sebelum Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap tentang isu 1MDB, saya secara bersendirian telah pun mengambil langkah proaktif memerangi kes skandal 1MDB bersama dengan beberapa pemimpin-pemimpin pembangkang,” katanya menerusi kenyataan.
Semalam, Muhyiddin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Muhyiddin berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dihadiri Khairuddin.