Doktor didakwa sebabkan kematian menantu Zahid

Syed-Alman2

KUALA LUMPUR: Seorang pakar sakit puan hari ini mengaku tidak bersalah selepas didakwa menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jun lalu.

Dr Ting Teck Chin didakwa di Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 204(b) Kanun Keseksaan atas tuduhan menyebabkan kematian Datuk Syed Alman Syed Alwi, 44, di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Bangsar.

Jika sabit kesalahan, Dr Ting boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Zainal L Saleh menetapkan wang jaminan pada RM20,000, dan mahkamah akan bersidang lagi pada Oktober 17.

Dr Ting diwakili K Kumaraendran and Dev Kumaraendran.

Syed Alman, ketika menerima rawatan di klinik swasta itu, dilaporkan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau merupakan graduan teknologi maklumat dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ketua Pegawai Eksekutif iGEN Technology (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat vendor perisian bebas.

Syed Alman meninggalkan meninggalkan isteri, anak sulung Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak.