
Maswings berkata penumpang tidak dibenarkan memasang atau mengecaj telefon model itu ketika dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.
“Peranti itu juga tidak dibenarkan disimpan di dalam bagasi yang dibuat pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, yang turut menjelaskan syarikat penerbangan itu juga tidak akan memenuhi permintaan bagi penghantaran kargo melibatkan peranti itu.
Maswings mengikut langkah syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Qantas, Virgin Airlines dan Etihad Airways selepas beberapa unit bateri telefon pintar itu dilaporkan meletup, yang sekali gus mendorong Samsung menggantung penjualan telefon model itu.
Maswings beroperasi di Sarawak, Sabah dan Indonesia, termasuk bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).