Jangan pandang rendah kuasa PPBM di Johor, kata Wee

Jangan pandang rendah kuasa PPBM di Johor, kata Wee

Wee berkata Muhyiddin masih mempunyai pengaruh besar di Johor dan menjadi cabaran kepada MCA.

wee-ka-siong_muhyiddin_bersatu
PETALING JAYA:
Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor tidak boleh dipandang remeh kerana bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih berpengaruh di negeri itu.

Timbalan Presiden MCA itu berkata ada ura-ura menyatakan PPBM menyasarkan kerusi Muar dan Bakri di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan memandangkan Muhyiddin adalah bekas Ahli Parlimen Pagoh serta bekas menteri besar negeri itu, ia boleh membawa ugutan.

“Jangan ambil ringan atau pandang rendah PPBM sebagai sebuah parti baharu.

“Beliau (Muhyiddin) mempunyai pengaruh besar di sana dan menjadi cabaran kepada kita,” kata Ahli Parlimen Ayer Hitam ketika merasmikan mesyuarat bahagian Bakri MCA pada hari ini.

Dr Wee, yang juga Pengerusi MCA Johor berkata MCA meletakkan Bakri sebagai salah satu daripada 10 kerusi Parlimen untuk ditawan semula oleh parti itu pada PRU-14.

Pada pilihan raya umum lepas, calon DAP Er Teck Hwa menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Lee Ching Yong (MCA) dengan majoriti 5,067 undi untuk mengekalkan kerusi Bakri.

Kerusi Parlimen Muar pula dimenangi oleh calon BN, Datuk Razali Ibrahim (Umno) yang menewaskan calon PKR, Nor Hizwan Ahmad dengan majoriti 1,646 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.