Bekas presiden Israel Shimon Peres meninggal dunia

Bekas presiden Israel Shimon Peres meninggal dunia

Beliau meninggal dunia jam 3 pagi semalam di Tel Aviv, pada usia 93 tahun.

Shimon-Peres
KUALA LUMPUR:
Bekas presiden Israel Shimon Peres meninggal dunia awal pagi tadi selepas mengalami serangan jantung 2 minggu lalu, kata doktor peribadinya Rafi Walden.

Walden yang juga menantunya berkata Peres, 93, meninggal dunia dalam tidur kira-kira 3 pagi di hospital di Tel Aviv, ibu kota Israel.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut sejak 13 September lalu, selepas keadaan kesihatannya semakin teruk dan mengalami serangan jantung dengan pendarahan dalaman.

Terdahulu, beliau dalam keadaan sedatif dan diberikan bantuan pernafasan.

Peres menjadi presiden Israel dari 2007 hingga 2014, selepas memegang jawatan perdana menteri Israel sebanyak 2 kali iaitu pada 1984-1986 dan 1995-1996.

Pada 1994, beliau menerima Anugerah Nobel Keamanan bersama Perdana Menteri Israel ketika itu, Yitzhak Rabin dan pemimpin Palestin Yasser Arafat kerana peranannya dalam Perjanjian Damai Oslo, perjanjian pertama 2 pihak bertelagah itu ke arah perdamaian.

Beliau dianggap antara tokoh utama Israel yang pernah memegang hampir semua jawatan utama kerajaan, selain memainkan peranan penting dalam pembangunan program nuklear dan tentera negara itu.

Peres lahir pada 1923 di Poland dan berhijrah ke Palestin yang ketika itu dikuasai British pada usia 11 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.