
Ia memetik Ketua Majlis Wanita Kebangsaan negara itu, Maya Morsi sebagai berkata aduan itu mendesak supaya Ilhami Agena dipecat daripada Parlimen dan dikenakan tindakan siasatan jenayah terhadap perbuatannya.
Beliau berkata wakil rakyat berkenaan menjejaskan reputasi wanita Mesir, serta lelaki dan negara itu.
Agena dalam satu temu bual minggu lalu berkata ujian keperawanan diperlukan untuk membanteras bertambahnya perkahwinan tidak rasmi, dikenali sebagai as “gawaz orfy” dalam kalangan pelajar.
Perkahwinan seumpama itu menjadi popular beberapa tahun kebelakangan ini kerana ramai belia yang tidak bekerja dan kekurangan kemampuan untuk memiliki rumah.
Gawaz orfy sering dilihat sebagai cara yang dibenarkan agama untuk mengadakan hubungan seks sebelum perkahwinan, yang menjadi tabu dalam kebanyakan majoriti Islam di Mesir. Ulama Islam menentang perkahwinan seumpama itu.
Di Mesir, sama seperti negara Islam konservatif lain, keperawanan seorang wanita sering dilihat sebagai perkara penting dalam maruah keluarga, dan kehilangannya boleh menyebabkan wanita itu tidak berkahwin.
Tentera didakwa mengadakan ujian keperawanan terhadap 19 wanita yang ditahan selepas pasukan itu berjaya mematahkan protes di Dataran Tahrir Kaherah pada Mac 2011, tidak lalam selepas Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan susulan pemberontakan.
Tiga bulan selepas itu, Amnesty International berkata pemimpin tentera Mesir pada masa itu mengiktiraf ujian itu dijalankan sebagai cara melindungi tentera mereka daripada kemungkinan dakwaan rogol.
Tentera berjanji tidak akan menjalankan ujian itu lagi, menurut kumpulan hak asasi berpangkalan di London.
Komen Agena mengenai wanita mencetuskan kontroversi masa lalu, termasuk mendakwa beberapa wakil rakyat wanita tidak berpakaian menutup aurat secara sempurna.
Beliau juga mencetuskan kemarahan bulan lalu apabila berkata amalan bersunat (FGM) dalam kalangan wanita diperlukan untuk membendung seksualiti wanita dan mengimbang balas jumlah lelaki mati pucuk yang dikatakan semakin ramai di Mesir.
Beliau mendakwa 64% lelaki Mesir menderita penyakit mati pucuk, memetik peningkatan jualan Viagra.
“Jika wanita tidak disunat, seksualiti mereka jadi kuat dan akan ada masalah nanti yang membawa kepada perceraian,” katanya.