PKR kerah ahli sertai himpunan sokong bebaskan Anwar minggu depan

PKR kerah ahli sertai himpunan sokong bebaskan Anwar minggu depan

Tian Chua berkata, PKR akan menghantar notis kepada polis untuk mendapat kebenaran mengadakan himpunan 'solidariti menuju kebebasan' di Istana Kehakiman, minggu depan.

t-anwar1
PETALING JAYA:
Semua ahli PKR dikerah menyertai himpunan ‘solidariti menuju kebebasan’ di Istana Kehakiman, pada Rabu depan, bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam semakan terakhir hukuman terhadap pertuduhan liwatnya, kata Tian Chua.

“Kita tidak akan bertolak ansur kerana Anwar orang yang tidak bersalah dan menjadi mangsa penindasan politik.

“Pada masa sama, saya sebagai naib presiden dan pengerusi (solidariti menuju kebebasan) turut menyeru orang ramai, reformis termasuk anggota parti dalam Pakatan Harapan turun bersama menunjukkan solidariti.

“Kita berjuang bukan sahaja untuk Anwar, tetapi untuk melihat perubahan dalam sistem keadilan. Anwar tidak melihat nasib terletak pada sistem kehakiman, tetapi kekuatan rakyat itu yang menyokong beliau,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, pihaknya akan menghantar notis kepada polis untuk mendapat kebenaran berhimpun.

t-anwar

“Kami akan memberi notis kepada polis Putrajaya, kami bukan nak buat kecoh, tetapi kami mahukan Anwar bebas,” katanya.

Mahkamah Persekutuan akan mendengar semakan kehakiman kes liwat bekas ketua pembangkang itu yang difailkan tahun lalu, pada 12 Oktober ini.

Anwar sebelum ini melantik peguam baru, Kimberly Motley dari Amerika Syarikat untuk mengendalikan permohonannya.

Sementara itu, peguam jenayah, Datuk N Sivananthan berkata, peguam Anwar perlu meyakinkan mahkamah yang sabitan dakwaan tahun lalu itu tidak sah, berat sebelah atau prejudis.

Februari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara terhadap kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pautan:

Lepas jumpa Anwar, peguam AS mahu temui Zahid

Hanya satu cara bebaskan Anwar

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.