Polis layan kami macam anjing kurap, kata Jamal

Polis layan kami macam anjing kurap, kata Jamal

Jamal berkata, penyokong Bersih 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah polis turut mengiringi konvoi Bersih 5 di setiap lokasi.

jamal
PETALING JAYA:
Datuk Jamal Md Yunos mendakwa polis berat sebelah dengan memberi layanan istimewa kepada konvoi Bersih 5, manakala Gerakan Baju Merah pula disekat di setiap lokasi.
“Kumpulan Bersih 5 bukan sahaja dijaga rapi, malah pihak polis turut mengiringi di setiap konvoi Bersih 5 mengalahkan escort perdana menteri.KONVOI

“Sebaliknya, layanan yang diberikan kepada Gerakan Merah V2 saya sifatkan seperti anjing kurap.

Pihak polis menyekat di setiap lokasi kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa yang dilaporkan berkata, polis sedang memburu penyokong Baju Merah yang menyerang 2 penunggang motosikal berbaju Bersih di Sabak Bernam, semalam.

Satu rakaman video menunjukkan 2 penunggang motosikal berbaju Bersih 5 itu dibaling telur dan objek kecil, sebelum seorang daripadanya ditendang sehingga tersungkur dengan dikelilingi penyokong Baju Merah.

Tiga kenderaan juga dilaporkan mengalami kerosakan di Tawau, semalam, ketika konvoi Bersih 5 berhenti untuk mengedar risalah di pusat bandar.

Jamal mendakwa, selain diarahkan polis untuk menghentikan konvoi serta-merta, 3 penyokong Baju Merah turut ditahan.

Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, himpunan dan konvoi Bersih 5 bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah mereka turut menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan mencabul sistem demokrasi negara.

“Padahal kumpulan Bersih inilah yang selama ini menghasut rakyat dan menghina pihak polis di sepanjang kempen yang diadakan sejak sekian lama.

“Malah, Bersih sebelum ini yang mencetuskan keganasan melampau sehingga menggugat keselamatan negara, menyerang pihak polis dan memecahkan kereta polis,” katanya.

Pautan:

Polis buru penyokong Baju Merah disyaki serang konvoi Bersih

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.