
Polis nasihat orang ramai mematuhi undang-undang dan tidak menjadikan platform berhimpun sebagai ruang untuk tindakan yang boleh memecahkan keamanan serta mengancam keselamatan awam.
Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata setakat ini pihak penganjur masih belum mengemukakan sebarang notis kepada polis.
“Setakat ini tiada sebarang permohonan atau pemakluman dibuat,” katanya dalam kenyataan sambil menasihatkan orang ramai mematuhi undang-undang.
Pada 30 Mac lalu, Sekretariat Tangkap Azam Baki mengumumkan akan mengadakan himpunan berkenaan di Dataran Merdeka pada 25 April.
Perhimpunan itu dibuat bagi mendesak siasatan telus terhadap isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki serta dakwaan pengambilalihan korporat secara paksaaan.
Timbalan Pengerusi Bersih Kelvin Lee, berkata keputusan untuk turun ke jalan raya dibuat susulan ketiadaan penjelasan jelas serta tindakan konkrit daripada kerajaan berhubung kedua-dua isu itu.