
Laman itu kononnya milik pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.
Guan Eng bertegas sebarang usaha untuk mengaitkan dirinya kepada akaun itu, yang dipercayai palsu, adalah cubaan jahat untuk memburukkan namanya.
Guan Eng sebaliknya percaya “pemimpin Umno” itu membuat dakwaan sebegitu kerana ketiadaan idea.
Walaupun Guan Eng tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Jamal, yang mendakwa DAP mendalangi penciptaan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.
Pada 21 September lepas akaun itu disiasat kerana menghasut selepas ia mengancam rusuhan kaum 13 Mei akan berulang, dan “parang terbang”, sekiranya Bersih 5 diadakan pada 19 November depan seperti yang dirancang.
Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP bercakap kepada pemberita selepas merasmasikan pameran fotografi Bersih 2.0 di Dewan Bandaraya hari ini. Turut hadir Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah dan wakil rakyat DAP dan PKR negeri.
Guan Eng menasihatkan Jamal supaya membuat laporan polis sekiranya benar akaun media sosial itu bukan miliknya, bukannya mengheret orang lain ke dalam permasalahnnya.
Lantaran namanya dibabitkan, Guan Eng akan membuat laporan polis menjawab dakwaan itu.