Jangan tertipu dengan emel palsu guna nama BNM

Jangan tertipu dengan emel palsu guna nama BNM

BNM menegaskan pihaknya mahupun mana-mana institusi kewangan, pengeluar kad kredit atau institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi melalui e-mel, telefon atau SMS.

bank-negara-email
CuDNpE4VUAAX1dHPETALING JAYA: Orang ramai diberi amaran supaya tidak membuka sebarang emel yang mengandungi nama Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut laporan akhbar The Sun, BNM menafikan mana-mana emel yang dihantar menggunakan namanya malah menyatakan ia dihantar oleh pihak yang bertujuan untuk membolot wang tunai hasil titik peluh orang lain.

Tambahnya, emel yang turut disertakan dengan lampiran muat turun membawa pengguna ke laman web palsu di mana ia memaksa pengguna mencatat maklumat kewangan peribadi seperti butir kad kredit atau debit.

Mengulas lanjut mengenai emel palsu itu lagi BNM dalam kenyataannya menegaskan pihaknya mahupun mana-mana institusi kewangan, pengeluar kad kredit atau institusi perbankan tidak akan meminta maklumat perbankan peribadi melalui e-mel, telefon atau SMS.

“Jika orang awam menerima emel, lebih baik mengendahkannya dan jangan sekali-sekala dalam apa jua keadaan, memuat turun lampiran sekiranya sudah membuka emel itu.

BNM menasihatkan orang ramai menggunakan pelayar web yang dikemaskini dengan elemen penapisan khususnya pengesan emel palsu, tidak melayan panggilan atau SMS yang mendakwa seseorang memenangi wang tunai, mengarahkan pemindahan dana, pembayaran atau bayaran balik dan permintaan untuk maklumat perbankan peribadi.

BNM juga meminta orang ramai supaya menghubungi bank masing-masing atau Persatuan Bank-bank Malaysia di talian bebas tol Malaysia ABMConnect di 1-300-88-9980 jika wujud keraguan dari segi e-mel, SMS atau panggilan yang diterima.

Menurut BNM, penipu yang terlibat dalam aktiviti ini menghantar emel bertajuk , “Pengesahan keselamatan” kononnya daripada BNM, memaklumkan mengenai bayaran masuk.

Mangsa kemudian diarahkan melengkapkan pengesahan keselamatan dengan memuat turun lampiran yang disediakan.

Setelah lampiran diklik atau dimuat turun, pautan akan mengarahkan penerima ke laman web palsu yang meminta maklumat kewangan peribadi seperti butir-butir kad kredit atau kad debit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.