
Naib Pengerusi Bersih Sarawak Ann Teo mengemukakan surat permohonan pada 12.30 tengah hari di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi mendapatkan kebenaran daripada Datuk Bandar Abang Abdul Wahap Abang Julai untuk menggunakan Padang Merdeka.
Ribuan peserta dijangka hadir.
“Ia akan menjadi perhimpunan yang aman dan kami berharap kerjasama pihak majlis.”
Kumpulan itu berjaya mengemukakan permohonan meskipun terdapat sekatan di ibu pejabat DBKU hari ini.
Empat ahli Bersih, termasuk Teo hadir.
Teo berkata, kumpulan itu akan mengemukakan notis tambahan kepada pihak polis, di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, di mana notis perlu diberi 10 hari sebelum sebarang perhimpunan.
Teo berkata Bersih inginkan perhimpunan yang lancar, seperti tahun lalu di Kuching, di mana kebenaran diperoleh bagi penggunaan padang ragbi SK Song Kheng Hai untuk perhimpunan Bersih 4.
“Kami mengutuk sebarang bentuk provokasi dan huru-hara, terutama kumpulan provokatif Baju Merah dan tindakan mereka terhadap peserta konvoi Bersih 5.”
Beliau berharap polis akan mengambil tindakan terhadap provokasi dan sesiapa “yang mengancam keselamatan orang awam”.
Konvoi dengan 3 dozen kenderaan, bendera dan sepanduk Bersih, perjalanan dimulakan di Miri pada 1 Oktober, menuju Bintulu, Sibu dan bandar-bandar lain.
Mereka dijangka melalui Sri Aman pada 23 Oktober sebelum tiba di Kuching pada 19 November.
Setakat ini, tiada kejadian tidak menyenangkan dilaporkan, kata Teo.
Bersih Sarawak berkata ia memilih Padang Merdeka memandangkan signifikan sejarahnya memandangkan ia menjadi lokasi pengisytiharan Persekutuan Malaysia.
Ditanya apakah yang kumpulan itu akan lakukan jika tidak diberikan kebenaran, Teo berkata: “Kami perlu membincangkannya tetapi kita sudah berbincang tentang pilihan lain yang ada.”