Tayar bas pecah, 34 cedera, 1 parah

Tayar bas pecah, 34 cedera, 1 parah

Dalam kejadian 7 pagi itu, tayar kiri bas yang membawa para pekerja syarikat pembinaan itu pecah ketika dalam perjalanan menghala ke arah kawasan pusat beli-belah Alamanda.

bus_terbalik
PUTRAJAYA:
Seramai 35 pekerja asing cedera termasuk seorang dilaporkan parah apabila bas pekerja yang mereka naiki terbabas dan terbalik di KM3.7 Persiaran Selatan di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi itu, tayar kiri bas yang membawa para pekerja syarikat pembinaan itu pecah ketika dalam perjalanan menghala ke arah kawasan pusat beli-belah Alamanda.

Ketua Polis Daerah Sepang ASP Abdul Aziz Ali berkata bas itu, yang dipandu warga tempatan berusia 27 tahun, terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar besi pengadang jalan di bawah sebuah jambatan.

“Pemandu itu ditahan untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Cyberjaya berkata pasukan bomba yang menerima panggilan pada 7.10 pagi mengenai kemalangan itu, tiba di tempat kejadian pada 7.24 pagi bagi membantu mengeluarkan mangsa daripada bas berkenaan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.