Ambil tindakan terhadap Baju Merah, kuning, kata Bung Moktar

bung mokhtarKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Umno berkata tindakan perlu diambil terhadap pergerakan Baju Merah jika mereka didapati melanggar undang-undang.

Datuk Bung Moktar Radin berkata: “Saya berada di tengah-tengah. Tidak kira, sama ada ia baju merah atau baju kuning, jika mereka melanggar undang-undang, tindakan perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Beliau mencadangkan agar tindakan diambil terhadap mana-mana pergerakan yang melanggar undang-undang.

Penyokong badan pemantau pilihan raya, Bersih memakai baju-t berwarna kuning sebagai simbol bantahan manakala Baju Merah memilih warna merah.

Bung juga berkata tindakan perlu diambil terhadap Bersih jika mereka melanggar undang-undang, ia susulan kejadian dahulu di mana peserta Bersih “menghina pemimpin negara”.

Pergerakan Baju Merah diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos yang menyebabkan pergaduhan dan laporan bertindak ganas semasa konvoi seluruh negara Bersih.

Bung juga menjelaskan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak bercakap bagi pihak Baju Merah.

Nur Jazlan dilaporkan berkata, Baju Merah akan menghentikan tindakan mereka jika Bersih juga berhenti.

Bung ditanya oleh Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) jika Nur Jazlan berkata demikian bagi pihak Baju Merah.

“Saya tidak fikir beliau bermaksud untuk menjadi jurucakap Baju Merah. Mungkin beliau hanya berkongsi naluri. Saya mahu Kementerian Dalam Negeri menjawab kemudian,” kata Bung.