
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtarudin Baki memberitahu pihak pembelaan dan pendakwaan agar bersabar kerana beliau akan menyampaikan keputusan mengenai perkara yang sama, tetapi dalam kes lain.
Pada 18 Julai, Mohtarudin mendengar rayuan Muhammad Safwan Anang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun lepas untuk mengekalkan sabitan di bawah Akta Hasutan 1948.
Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap denda RM5,000 dan mahu Safwan dipenjarakan.
Safwan dan Adam membuat ucapan berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, seminggu selepas PRU13 dan selepas Barisan Nasional kembali berkuasa.
Bagi kes Safwan, Mohtarudin akan duduk bersama-sama Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham manakala dalam perkara hari ini Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil akan bersama Mohtarudin dan Abraham.
Peguam Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Adam menimbulkan persoalan jika rayuan anak guamnya akan gagal akibat keputusan kes Safwan itu.
Mohtarudin, memberi jaminan kepada Adam yang beliau tidak akan prejudis dan pengurusan kes ditetapkan pada 6 Disember.
Adam didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 19 September 2014 dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.
Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, sementara mengekalkan sabit kesalahan Adam pada Februari tahun ini, menggantikan hukuman penjara kepada denda sebanyak RM5,000.