BNM: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3% suku ke-3

BNM: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3% suku ke-3

Berasaskan pelarasan bermusim suku ke suku, ekonomi meningkat 1.5% pada suku ke-3 berbanding 0.7% pada suku ke-2 2016 dan inflasi menjadi sederhana kepada 1.3% pada suku ke-3.

 

Bank Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3% pada suku ke-3, sebahagian besarnya didorong penggunaan domestik dan eksport, kata gabenor Bank Negara (BNM).

Datuk Muhammad Ibrahim berkata, ekonomi negara berkembang 4% antara Mei dan Jun tahun ini.

Berasaskan pelarasan bermusim suku ke suku, ekonomi meningkat 1.5% pada suku ke-3 berbanding 0.7% pada suku ke-2 2016.

Inflasi menjadi sederhana kepada 1.3% pada suku ke-3.

Secara keseluruhannya, permintaan domestik meningkat pada kadar lebih sederhana, dengan pertumbuhan dalam aktiviti sektor swasta mengimbangi pertumbuhan perbelanjaan awam.

Penggunaan swasta meningkat 6.4% berbanding 6.3% pada suku ke-2, disokong upah berterusan dan pertumbuhan pekerjaan serta peningkatan dalam gaji minimum berkuat kuasa 1 Julai 2016.

“Pelaburan swasta mencatat pertumbuhan 4.7% pada suku ke-3 (S2 2016: 5.6%), disokong terutama oleh perbelanjaan modal berterusan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Pertumbuhan penggunaan awam menyederhana kepada 3.1% pada suku ke-3 (S2 2016: 6.5%) disebabkan perbelanjaan lebih rendah untuk bekalan dan perkhidmatan yang sebahagiannya diimbangi perbelanjaan emolumen lebih tinggi.

Muhammad berkata, pertumbuhan pelaburan awam bagaimanapun menguncup 3.8% (S2 2016: 7.5%), susulan perbelanjaan terutama pengurangan aset tetap oleh kerajaan persekutuan.

Dari segi penawaran, beliau berkata, pertumbuhan pada suku ke-3 disokong sebahagian besarnya oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, manakala sektor pertanian kekal lemah.

Pengembangan sektor perkhidmatan disokong sebahagian besarnya oleh ativiti penggunaan swasta, manakala pertumbuhan dalam sektor pembuatan disokong industri berorientasikan eksport.

Dalam sektor pembinaan, pertumbuhan terus dipacu aktiviti kejuruteraan awam, manakala sektor perlombongan berkembang pada kadar lebih cepat disebabkan pengeluaran minyak mentah yang lebih tinggi.

Pertumbuhan dalam sektor pertanian bagaimanapun kekal rendah disebabkan terutama oleh kesan El Nino ke atas penghasilan minyak sawit mentah.

Pada akhir Oktober, jumlah hutang luar Malaysia berjumlah RM865.3 bilion atau bersamaan 70.2% daripada KDNK, manakala rizab antarabangsa berjumlah AS$97.8 bilion.

Untuk masa depan, kedudukan ekonomi global secara keseluruhannya terus mencabar dengan prospek pertumbuhan lemah, walaupun ekonomi utama dan serantau mengetatkan dasar monetari, sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kadar pengembangan dalam ekonomi maju dijangkakan kekal sederhana, manakala permintaan domestik di Asia akan terus menyokong pertumbuhan.

Beliau berkata, risiko menurun masih tinggi, tercetus akibat ketidaktentuan masa dan hasil rundingan UK-EU susulan referendum Kesatuan Eropah (EU) di United Kingdom (UK), harga tenaga dan komoditi yang terus rendah, selain kemungkinan kedudukan pasaran tidak menentu ekoran perubahan dasar di ekonomi utama.

Oleh itu, ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.0 hingga 4.5% pada 2016 dengan permintaan dalam negeri, terutama aktiviti sektor swasta, terus menjadi pemacu utama pertumbuhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.