Ringgit jatuh, hampiri RM4.50 berbanding dolar AS

Ringgit jatuh, hampiri RM4.50 berbanding dolar AS

Ringgit merosot daripada RM4.267 kepada RM4.484 berbanding dolar AS hanya dalam tempoh 2 jam, pagi ini.

 

Ringgit-Dollar
PETALING JAYA: Nilai mata wang ringgit Malaysia jatuh pada pagi ini dan kini menghampiri RM4.50.

Ringgit dibuka pada RM4.267 berbanding dolar Amerika ketika dagangan bermula pagi ini berbanding RM4.270 berbanding dolar Amerika Syarikat pada penutupan dagangan petang semalam.

Ringgit susut lebih RM0.20, kira-kira 3.5% pada 2 jam pertama dagangan.

Menurut laman web pertukaran mata wang XE.com, ringgit didagangkan pada RM4.484 berbanding dolar AS setakat jam 11 pagi tadi.

Ia turut susut lebih RM0.15 berbanding dolar Singapura sejak 2 jam lalu untuk didagangkan pada RM3.179, pada 11 pagi tadi.

Trend sama dilihat di kalangan mata wang utama berbanding ringgit Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.