Tiada caj baharu jika terpaksa duduk di wad kelas 2, kata menteri

Tiada caj baharu jika terpaksa duduk di wad kelas 2, kata menteri

Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pesakit wad kelas 3 tidak dikenakan caj baharu jika terpaksa duduk kelas 2 susulan tiada kekosongan katil di wad kelas 3.

subramaniam
KUALA LUMPUR:
Caj baharu tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas 3 yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas 2, sekiranya tiada katil kosong di wad kelas 3.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan tersebut dibuat kementeriannya jika situasi tersebut berlaku kepada mana-mana pesakit di hospital kerajaan.

“Saya berjanji kerajaan sememangnya komited dan mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan berkualiti pada harga berpatutan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Sehubungan itu, katanya ini sekali gus mengurangkan kerisauan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Semalam, Dr Subramaniam mengumumkan caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas 1 dan 2 di hospital kerajaan akan dinaikkan berkuat kuasa 1 Januari 2017, bagaimanapun kadar baharu itu belum diputuskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.