Ribuan rakyat Indonesia berhimpun Sabtu, promosi toleransi agama

Ribuan rakyat Indonesia berhimpun Sabtu, promosi toleransi agama

Ia bukan gerakan politik tetapi bertujuan untuk ‘meraikan kepelbagaian Indonesia’ kata jurucakap perhimpunan itu.

indonesia
JAKARTA:
Beribu-ribu rakyat Indonesia dijangka menghadiri perhimpunan pada Sabtu bagi memprotes sikap tidak toleransi terhadap agama dan kaum yang semakin meningkat di negara majoriti Islam terbesar di dunia itu.

Pemimpin agama, kumpulan hak asasi manusia dan organisasi lain akan menyertai perarakan di pusat bandar Jakarta, kata jurucakapnya Umi Azalea melalui telefon.

Ia bukan gerakan politik tetapi bertujuan untuk “meraikan kepelbagaian Indonesia,” kata Azalea.

“Indonesia mempunyai banyak agama, budaya dan etnik. Tetapi sekarang kita melihat beberapa kumpulan memaksa kehendak mereka sendiri, dan ia sangat membimbangkan.”

Polis Indonesia semalam berkata mereka akan menyiasat aduan beberapa kumpulan Islam berhubung gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama yang dikatakan menghina Islam.

Keputusan itu mencetuskan kebimbangan mengenai sentimen penyokong tegar Islam di negara 250 juta penduduk itu dan juga dilihat beberapa penganalisis sebagai satu tamparan kepada demokrasi.

Lebih 100,000 umat Islam membantah Purnama awal bulan ini. Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi memadamkan protes.

Terdapat juga tanda-tanda ketegangan agama yang semakin meningkat di tempat lain di Indonesia. Ahad lepas, polis menahan militan yang disyaki membaling bahan letupan di sebuah gereja di timur Borneo.

Keadaan di Jakarta terkawal selepas demonstrasi

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.